Saturday 24 October 2015

Kanta Bahagia

Bahagia.

Bagi aku definisi bahagia itu luas.

Ada orang bahagia apabila punya banyak harta.
Ada orang bahagia apabila punya pasangan yang cantik dan anak anak yang cerdik.
Ada orang bahagia apabila penuh ilmu di dada.

Ya definisi bahagia tiap orang itu berbeza.

Tapi ini definisi bahagia buat diriku

Bahagia itu apabila kita dekat dengan Si Pemberi Bahagia.

Siapa? Tentulah Dia.

Bagi aku, kunci bahagia adalah dengan bersyukur dan menghargai apa yang kita ada.

Ramai yang kata.
Kenapa aku tak bahagia?
Kenapa dia pandai, aku tak.
Kenapa dia cantik, aku tak.

Sayang.
Bahagia itu apabila kau hargai apa yang kau ada.
Dan tak membandingkan dengan apa yang orang lain ada.
Jalan cerita hidup kita berbeza sayang.
Yakin, Allah menulis jalan cerita kita dengan cinta.

Hidup ini.
Hargailah apa yang kita ada.
Hargai.
Sekali kau sudah kehilangan sesuatu yang bernilai, pasti susah untuk kau dapatkan kembali.

Makanya.
Bersyukur dan hargailah apa yang kita ada.
InsyaAllah kita akan bahagia.

Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Jangan.

Nak bahagia.
Cari Si Pemberi Bahagia.
Si Pemilik Cinta.

Ramai yang kaya harta.
Tapi miskin jiwa.
Harta takkan pernah mampu membeli harga sebuah kebahagiaan.
Harga sebuah kebahagiaan itu hanya mampu ditebus dengan rasa syukur.
Percayalah. Syukur kunci kebahagiaan.

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Percayalah.☺☺

No comments:

Post a Comment