Monday 24 February 2014

REVIEW NOVEL SUAMI EKSPRESS

Assalamualaikum :) Bismillah.
 
Review from readers :)
 
Sape yang tak beli lagi tu, bolehlah beli eh?  *promote*
 
 
 
 
Hero: Faris Ar Rayyan (Lecturer kat Uitm Kuala Pilah)
Heroin: Adriana Qistina (Student kat Uitm Kuala Pilah)

Adriana Qistina adalah seorang gadis yang masih lagi dalam kursus diploma nya telah di temukan jodoh dengan Faris Ar Rayyan oleh bapa nya atas sebab mereka (ibu bapa adriana) akan berhijrah serta terpesona dengan tingkah laku si Faris ini yang mana merupakan anak kenalan si bapa tadi.
Mereka berkenalan hanya sebagai student and lecturer dan setelah di khabarkan ttg jodoh yang di atur barulah mereka bersemuka... dan kedua nya bersatu kerana restu kedua orang tua..
Seusai majlis pernikahan keduanya, ibubapa adriana akan berangkat ke Jepun dan sebenarnya kedua nya telah berhijrah ke alam sana.. alam Baqa.. padan lar si bapa beria mencari penjaga buat si puteri tunggalnya...

Dalam novel ni.. penulis menceritakan tentang bagaimana sebuah keluarga harmoni terbentuk berlandaskan BAITUL MUSLIM.. serasa macam nak ulang semula kisah ku di Universiti.. cis.. perah santan.. mana mau nyer.. udah2 ler ... stop it..
dalam novel ini.... di ceritakan bagaimana nak membina sebuah baitul muslim...bagaimana pasangan harus merai kan pasangan masing2 supaya hubungan suami isteri terus kekal mesra..
macam comel sangat bila mana si suami acap kali berkata.. isteri solehah nya...dalam setiap butir bicara nya... nih yang nak praktik wat dua jejaka baru nak enchem tu... "my anak soleh".. 
mm apa lagi..
dalam novel nie juga banyak di selitkan tentang sirah Rasullullah...tentang hukum.. tentang hubungan dengan Allah...

huiihh.. banyak la... tak tertulis cik azue.. baik korang p beli n baca... bukan apa.. banyak sungguh yang kita boleh amik panduan such as..bagaimana nak menghargai pasangan.. bagaimana nak kekal dalam mood bercintun selama nya... dan lagi... untuk menjadi ibu bapa ni perlu banyak belajar... sejujur nya.. walau pun hanya dalam novel... me envy pada watak mak n ayah si FAris... sungguh mereka ini orang yang berilmu...
huuiihh... bagaimana kah nanti kedua jejaka itu bila besar nya...
oh ya... yang tersirat disebalik yang tersurat ... hidup kita nie... role model nya Rasullullah... dan hidup kita juga haruslah buat apa pun kembali kepada Rabb...dan akhirnya... bila baca novel nie... cik azue rasa.. banyak nyer yang cik azue jauh.. jauh dari sebuah keluarga muslim.. baitulmuslim... 
dan dari novel ini juga cik azue kenal ustazah Fatimah Syarha .. kenal akan novel nyer.. "Cinta High Class"... akan cik azue g terjah n cari stok buku ni akhir bulan ni In Shaa Allah...
dan dari novel ini juga cik azue tahu... 
"Huaarrrghh.. banyak nyer yang cik azue tak tahu ... "
so me harus menggali ilmu lagi...semoga dipermudahkan..

buat Liyana Nasrin.. tq for this lovely novel... sangat romantis dan sangat sweet jalan cerita nya... in shaa Allah kita sama2 praktiskan dalam kehidupan kita yang sekejap sahaja ini...

Buat Fieyta An Nisa... Tahniah.. sebuah novel yang best even though ke arah islamik sikit.. but still boleh jadi guide buat pasangan berkahwin...serta bakal berkahwin.. no kapel2 sebelum nikah yer anak2.. adik2 n kawan2.. kisah kita dedulu... semoga Allah menurunkan Rahmat dan mengampuni dosa2 kita...dan semoga pasangan kita menjadi kan kita lebih hampir dengan ZATNYA...
sungguh pada cik azue.. penulis nie sebelum menulis dia nie ada mengkaji tentang kehidupan dan keperibadian Rasullullah dan semua yg dikaji di hamparkan dalam bentuk novel islamik romantis ini... dan sesungguh nya.. Rasul kita itu adalah orang lelaki paling romantis yang pernah cik azue di gambarkan.....
wallahu'alam...

oklah... habih sudah..

Monday 17 February 2014

Jalan Dakwah ~

Bismillah :)
 

JALAN DAKWAH


Jalan dakwah itu tak ditaburi mawar indah,
Tak dibentangkan dengan karpet merah,
Melainkan penuh ujian dan mehnah,
Yang menuntun kesabaran dan mujahadah..



Allahu Allah..

Pernah terasa perit untuk memperjuangkan redha Allah,
Dihentam, dikutuk kerana menegakkan kebenaran? :'(
Pernah rasa??

Pejam mata, pujuk hati..
Apalah sangat dunia,
Apalah sangat mawar indah dan karpet merah..

Insya-Allah ada ganjaran yang lebih indah dari itu.
Maka, bangkitlah duhai hati yang sedang bersedih!
Bangkitlah!

Janji Allah itu lebih 'manis',
Ayuh buka terjemahan surah As Saff ayat 10-13 :)

Jom, tadabbur sekejap ayat ni :)


A010 Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
 
 
A011 Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
   
 
A012 (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
   
 
A013 Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
   
 
A014 Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. 


Pejam mata. Tarik nafas. Rasa bahagia bukan dengan janji Allah?? :) :)

Ayuh, cari redha Allah dalam setiap amalan kita,
Bukan pujian dan redha manusia semata..




 

Thursday 6 February 2014

Restu Cinta Dari-Nya 2



BAB 2

BONDA, AYAH..

Bonda,
Kau yang mengandungkan,
Kau yang melahirkan,
Kau yang menyusukan,
Dan kau jua yang membesarkan.

Walau kutabur seguni emas,
Jasamu, pengorbanan tak mungkin mampu kubalas,
Cintamu cinta luar biasa,
Cinta yang kau hulur tulus dari jiwa.

Ayah,
Kasih sayangmu walau tak nampak di mata,
Tapi mampu dirasa dalam jiwa,
Cinta tak kau lahirkan dengan mata kasar,
Tapi dapat dirasa dalam jiwa.

Hidupmu kau habiskan dengan mencurah keringat,
Demi mencari rezeki buat kami,
Agar kami dapat merasa makan walau hanya sesuap nasi.
Cinta yang kau hulur cinta tanpa syarat,
Moga-moga kami sentiasa taat.

            Malam itu walaupun jarum jam sudah menginjak ke angka sebelas malam tapi aku masih lagi setia di hadapan televisyen untuk menonton rancangan kegemaranku, Pencetus Ummah. Rancangan yang sarat dengan informasi yang dianjurkan oleh Astro Oasis.

            Bonda dan ayah masih lagi setia bersamaku di ruang tamu rumah kami. Malam seolah-olah masih muda dan tambahan pula abangku, Wildan mahu pulang ke rumah malam ini. Aku memang agak rapat dengan abangku, Wildan kerana jarak usia kami hanya tiga tahun. Berbanding dengan adik beradikku yang lain, jarak umur kami agak jauh. Abang sulungku, Fawwaz sudah pun bernikah dan kakak keduaku juga Shafiyyah sudah mendirikan rumah tangga. Mereka masing-masing sudah punya keluarga sendiri. Tinggal abangku Wildan dan aku yang masih belum berumah tangga dan itu jugalah yang membuatkan hubungan kami akrab. Waktu kecilku juga sering aku habiskan masa bersama dengan abangku.

            “Bonda, malam ni Abang Chik balik ya bonda?” tanyaku kepada bonda ketika iklan di kaca televisyen. Abang Chik itulah panggilan untuk abangku Wildan.

            “Insya-Allah katanya begitu. Tapi tak sampai pula lagi.” Jawab bonda, wajahnya sudah menunjukkan kerisauan.

 Ayah di sebelah masih lagi fokusnya di kaca televisyen. Begitulah ayah, sentiasa nampak cool di mata kami adik beradik, sangat berbeza dengan bonda yang agak kelam kabut terutamanya jika hal yang melibatkan anak-anaknya.

“Insya-Allah kejap lagi sampailah tu bonda. Jalan jammed agaknya.” Sampuk ayah, memberikan jawapan untuk menenangkan aku dan bonda. See, ayah cool right?

Dalam hati aku mengiakan, mungkin juga jalan sesak. Mataku kembali fokus ke televisyen kerana rancangan Pencetus Ummah sudah bersambung selepas iklan tadi.

Aku sudah tersenyum seorang diri. Yeahhh PU Rahmat! Antara peserta kegemaranku sudah beraksi di mimbar. Anak muda yang seusia denganku, dua puluh tahun tapi hebat di pentas dakwah, masya-Allah!

“Anak dara awak tengok PU Rahmat, senyum sorang-sorang” tiba-tiba suara ayah menegur. Oppss alamak aku tertangkap. Malu, malu!! Tapi ada betulnya juga, sila jaga pandangan. Teguran ayah walaupun agak tidak serius tapi aku tahu ayah benar-benar memaksudkan supaya aku menjaga pandangan.

            Aku hanya tersengih, cuba untuk menutup kesilapan diri. Hah, kan dah kantoi! Tak lama lepas itu, mataku kembali tertancap ke kaca televisyen menyambung kembali fokus. Tajuk tugasan dan isi yang dikupas oleh PU Rahmat tadi sangat terkesan di hati. Hampir saja air mataku menitis tapi aku tahankan saja sebak di dada. Malu pula apabila terkantoi lagi nanti. Ayah nampak saja fokusnya di televisyen tapi ayah juga jenis yang cepat peka dengan keadaan sekelilingnya.

            Petah sungguh syabab ini berbicara, pasti ini bicara dari hati. Pesan bonda bicara dari hati pasti akan terkesan di hati dan auranya menyentuh jiwa. Itu tips yang bonda kongsikan jika ingin menasihati seseorang. Kata bonda bicaralah dengan jiwa, dengan hati. Insya-Allah pasti akan terkesan di hati mad’u juga.

            Aku memandang wajah bonda dan ayah, wajah yang kian dimamah usia. Wajah yang banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Andai aku hamparkan segunung emas permata pun belum tentu aku mampu membalas jasa mereka. Melihat wajah tua mereka, melihat kedutan dan rambut yang kian ditumbuhi uban membuatkanku jadi sebak sendiri. Masih banyakkah lagi waktu untuk aku berbakti pada orang tuaku?

            Aku teringat kata-kata PU rahmat:

            “Walau hari ini kita seorang peguam yang petah bicara, walau hari ini kita seorang pemimpin yang memimpin negara, walaupun seorang pencetus ummah di mimbar ini, kita tetap lahir dari rahim seorang ibunda dam dibesarkan oleh air tangan seorang ayahanda. Jangan pernah merasa diri lebih besar berbanding mereka kerana mereka telah banyak berkorban.”

            Sumpah, air mataku ingin menitis saat itu juga dan akhir kalam PU Rahmat sempat menitipkan kata-kata yang membuatkan hatiku sekali lagi menjadi tisu! Kata-kata yang dititipkan khas untuk mamanya.

            “Mama, abang minta maaf tak mampu menjadi anak yang berjaya sentiasa. Tapi abang berjanji akan menjadi anak yang soleh di sisi Allah agar kita sama-sama berpimpin tangan menuju ke syurga dan bersiar-siar di taman-taman syurga.”

            Allahu Allah. Memang sebak rasanya. Lantas aku bangun, mahu saja aku peluk tubuh ayah dan bonda tapi baru saja kakiku ingin melangkah ke arah orang tuaku terdengar pula orang memberi salam dan mengetuk pintu rumah.

            Haish, kacau saja! Baru nak feeling-feeling syahdu. Aku mengeluh perlahan lantas aku mengubah arah langkahku. Bonda dan ayahku sudah tertawa kecil melihat telatahku. Anak bongsu mereka yang sudah pasti banyak ragam dan kerenahnya.

            Aku mengatur langkah ke muka pintu. Aku yakin itu abangku, Wildan. Mendengar suara si pemilik suara itu saja sudah menyakinkanku. Lantas pintu kayu yang diselak dari dalam itu aku buka. Rambut yang agak kusut itu aku kemaskan.

            “Waalaikumsalam.” Jawabku sebaik saja pintu rumah aku buka.

            Aku mengukir senyuman, rasa gembira menyambut abangku pulang ke rumah. Maklumlah sejak abangku menyambung pengajian di Selangor agak jarang kami bersua. Sungguh aku rindu dengan teman gaduhku ini!

            Tiba-tiba pandanganku tertacap kepada pemuda di sebelah abangku. Lantas kuraba kepalaku yang tak bertudung dan bajuku juga berlengan pendek! Bulat terus mataku memandang wajah pemuda di tepi abangku, serta merta jantungku dipalu hebat. Menggelabah! Wajahku kian terasa panas. Lantas aku capai saja apa yang berada di sebelahku. Lalu aku berlari terus ke dalam bilik dengan alas meja di kepalaku!

            Sampai saja di bilik aku mengurut jantung yang masih berdegup kencang. Allahu Allah. Akhirnya aku terduduk di tepi pintu dan tiba-tiba air mataku menitis. Sedih. Mahkota yang selama ini aku simpan kemas untuk tatapan suamiku telah menjadi santapan lelaki lain.

            Aku menyalahkan diri sendiri, menyalahkan kecuaianku. Aku yakin itu abangku maka aku ambil mudah saja membuka pintu tanpa memakai tudung. Lagi pula hari sudah malam, tak pula aku tahu dia membawa pulang temannya sekali. Ini pengajaran hebat buatku!

            Rasa sebak yang hadir sebentar tadi diganti dengan rasa amarah dan rasa malu dalam diri. Siaplah abangku nanti, aku akan belasah cukup-cukup! Selamba balik rumah dan mengajak temannya tanpa memberitahu aku!

            Sedangkan di luar sana, Ammar sudah tertunduk malu. Rasa bersalah mula menguasai diri. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Imam As Syafi’e:

Setengah daripada ilmuku hilang akibat terpandang aurat wanita secara tidak sengaja.

            Melihat respon adik Wildan dia tahu gadis itu bukan gadis yang mudah mempamerkan auratnya. Itu lagi menambahkan rasa bersalahnya. Lihat saja tingkah gadis itu, alas meja sanggup  dijadikan tudung untuk menutup auratnya. Allahu..

            Wildan hanya menarik nafas panjang. Rasa bersalah pula, kerana dia aurat adiknya sudah menjadi santapan ajnabi lain. Bukankah dia sebagai abang bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara maruah dan aurat adiknya? Wildan beristighfar panjang. Dia yakin pasti adiknya itu akan merajuk panjang dengannya! Ataupun mungkin adiknya itu akan membelasahnya cukup-cukup!

Restu Cinta Dari-Nya 1



BAB 1

LAUT BIRU…

Angin yang bertiup lembut,
Menghembus menyapa tubuhku,
Lalu menyentak fikiranku,
Memikirkan kekuasaan-Mu.

Ya Rabbi..

Siapakah aku di sisi-Mu?
Adakah seperti mutiara di dalam lautan sana?
Ataupun cuma lumpur di persisiran pantai?

Dia memandang laut yang terbentang luas di hadapannya. Pandangan yang bukan sekadar pandangan kosong tetapi mindanya ligat memikirkan kekuasaan-Nya. Merenung laut yang terbentang luas, yang seakan tiada penghujungnya.  Masya-Allah, subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan.

            Ammar menarik nafas panjang. Memuhasabah kembali perjalanan hidupnya. Sejauh mana dia akan mengisi ‘amanah’ usia yang masih berbaki. Sudah dua puluh dua tahun hidupnya, maka apa sumbangannya pada agama? Apa sumbangannya pada ummah? Paling tidak sumbangannya pada diri sendiri. Apa sudah diisi amanah usianya dengan perkara kebaikan?

            Dalam dia kian hanyut dalam dunianya, bahunya ditepuk perlahan. Ammar berpaling lantas menghadiahkan senyuman. Abang usrah merangkap naqibah bulatan gembira mereka.

            “Assalamualaikum, jauh enta mengelamun?” sapa Wildan. Jauh dilihat anak muda di sebelahnya itu hanyut dalam dunianya sendiri.

Ammar Al Fateh, sahabat yang dikenalinya ketika sama-sama mengikuti program usrah. Sejak awal perkenalan mereka lagi dia sudah tertarik dengan akhlak pemuda itu. Syabab yang punya semangat luar biasa dalam dirinya. Dan hari ini, mereka bertemu lagi dalam rehlah tarbiyah. Sengaja dipilihnya pantai Port Dickson ini sebagai lokasi tarbiyah mereka. Bukankah antara pandangan yang bakal meyumbang pahala ialah melihat laut?

“Waalaikumsalam akhi, ishh bukanlah termenung cuma…” bicaranya tergantung sendiri. Mencari bait yang sesuai untuk meyambung bicara yang terhenti.

“Cuma??” kening Wildan terangkat tinggi. Menunggu reaksi si pemuda agama di hadapannya.

“Ke enta sedang fikirkan untuk bina ‘masjid’?” serkap Wildan, dia tertawa kecil. Sejak umur meningkat begini topik-topik membina masjid atau baitul muslim sering dijadikan gurauan.

“Bina masjid?” kening Ammar sudah terjongket tinggi. Dia memandang lama wajah seniornya sebelum pandangan kembali dihalakan ke laut yang sedang terbentang luas.

Na’am.” Jawab Wildan ringkas. Dia juga turut melontarkan pandangan jauh ke hadapan.

“Kalau bina masjid semudah bermain puzzle, dah lama ana bernikah akhi. Nikah tu lebih susah dari subjek add maths akhi. Nak bina baitul muslim tak semudah yang dikata. Tak semanis yang dibicara. Kita bernikah untuk bina ummah bukan sekadar hubungan cinta antara dua manusia.” Ammar tersenyum sedikit, meluahkan apa yang dirasa.

Wildan tersenyum mengakui kebenaran kata-kata Ammar. Rumah tangga tak semudah yang diperkata. Tak semanis seperti yang kita sangka. Ya, rumah tangga merupakan tempat untuk membina ummah. Maka harus persiapannya bukan sekadar main tangkap muat saja. Harus punya cukup ilmu dan pengalaman untuk masuk ke alam rumah tangga.

“Tapi syabab hari ni seringkali menjadikan nikah sebagai gurauan. Apa harus dijadikan rumah tangga itu sebagai medan perjudian? Kalau tak sesuai, tak suka bercerai. Nau’zubillah.” Sambung Ammar lagi.

Wildan jadi kagum sendiri. Kagum dengan fikrah anak muda di sebelahnya.

Ana setuju. Aasif jiddan gurauannya tadi. Saja ingin menduga enta. Ana setuju kadang-kala remaja kita terlalu dimogokkan dengan nikah muda. Tapi persiapannya bagaimana? Tak salah mahu bernikah muda tapi persiapkan dirimu dahulu. Be a good muslim first, insya-Allah you will get a barakah Baitul Muslim later.”

Ammar tersenyum sambil menepuk bahu sahabatnya. Teringat kembali saat awal perkenalan mereka.

Ana Ahmed Wildan Qayyum.” Sapa si syabab sambil menghulurkan tangan sebagai tanda meraikan perkenalan mereka.

Well done??” tanyanya lurus.

Si syabab sudah tergelak kecil.

“Wildan. W.I.L.D.A.N” ejanya satu persatu.

“Ohhh maaf akhi, ana Ammar al-Fateh.” Dia mula memperkenalkan diri sambil mengakui silapnya.

“Al-Fateh, masya-Allah. Nice name. Moga semangat Sultan Muhammad al-Fatih meresap dalam jiwamu, mengalir dalam denyut nadimu” ujar Wildan.

            Ammar hanya tersenyum. Al-Fateh nama yang dipilih abahnya. Mungkin abahnya terkesan dengan sejarah Sultan Muhammad al-Fatih. Pemuda hebat yang mampu membebaskan kota Konstantinople pada usia dua puluh satu tahun.

            “Enta termenung lagi?” soal Wildan apabila dilihatnya Ammar hanyut lagi dalam dunianya.
           
            “Ehem..” dehem Ammar, sedar dia tertangkap lagi apabila sedang mengelamun dalam dunianya sendiri.

            “Enta, minggu depan jom bermusafir ke rumah ana. Ta’aruf dengan family ana.”
           
            “Minggu depan? Ta’aruf dengan family enta??” soal Ammar terkejut.

            “Iyee..” Wildan sudah tersengih.

            ‘Ta’aruf dengan adik ana sebenarnyaa!’ desis hati kecil Wildan. Tiba-tiba dia seakan berminat mahu menjodohkan adiknya An Neesa dengan pemuda itu.

            “Insya-Allah.” Sepatah jawapan yang keluar dari mulut Ammar sudah mampu membuatkan Wildan tersenyum lebar.

Nampaknya dia masih punya peluang ingin menjodohkan adiknya dan Ammar. Bukan dia mengambil mudah dan tangkap muat saja mahu menjodokan Ammar dengan An Neesa tapi dia yakin dan pada pandangan matanya Ammar sudah matang dan sudah layak untuk bernikah.