Monday 26 August 2013

Penghijrahan Cinta 21


BAB 21

Sedar tak sedar seudah tiga bulan usia perkahwinan Wafiq dan Humaira, masing-masing kini sibuk dengan tugas masing-masing. Wafiq dengan praktikalnya dan Humaira dengan kuliahnya. Ada masa Humaira terpaksa bermalam di kolej menyiapkan assignment dan presentation.

Humaira menapak menuju ke kamar, badannya agak letih sejak akhir-akhir ni. Mungkin kerana kekurangan rehat untuk diri sendiri.

“Nak tidur dah ke?” soal Wafiq pelik. Jam di dinding dipandang sekilas. Baru pukul 8.50 malam.

“Haah,” balas Humaira dengan kantuk yang menguasai diri. Dah dua tiga malam ni, lepas sahaja solat isyak dia sudah terlena di atas katil.

Wafiq angkat kening. Memang pelik Humaira dua, tiga hari ni.

'Mungkin penat dengan kuliah agaknya' pujuk Wafiq sendiri.

“Maira masuk tidur dulu tau,” Humaira meminta diri.

“Okay, okay..” Balas Wafiq.

Humaira kembali menyusun langkah ke bilik. Mulutnya sudah menguap tiga, empat kali dah. Tapi bagus juga dia tidur awal, awal-awal pagi juga dia sudah terjaga. Setiap pagi pasti dia akan terjaga tepat jam empat.

Humaira melangkah ke arah beg sandangnya. Diambilnya telefon bimbit, ingin diperiksa mesej atau tugasan yang dicatit di bahagian memo untuk esok hari. Tiba-tiba tangannya terpegangkan diari lama miliknya.

Diambil lalu dibawa ke katil sebagai 'peneman' tidur. Baru baca satu muka surat, mulutnya menguap lagi. Pantas diletakkan diari tersebut di bawah bantal. Humaira memejam mata, tidak sampai seminit dia sudah terlena.

Sedang Wafiq di luar menghadap laptopnya. Menyiapkan final report praktikalnya. Wafiq mengurut tengkuk sendiri. Aihh penatnya, ada isteri tapi dah tidur pulak. Kalau tak, ada teman bergaduh! Huhu..

Wafiq menjeling jam di dinding, sudah sejam dia mengadap laptop. Sambil-sambil menyiapkan report, dia online! Hehe. Mana nak siapnya kerja kalau buat report sambil online? Kan, kan?

Setelah penat matanya mengadap skrin laptop, Wafiq ke dapur untuk membacuh air panas. Direngangkan sedikit otot-otot yang sudah keletihan.

“Sunyinya kalau Humaira dah tidur,” kata Wafiq lebih kepada dirinya sendiri.

Kalau ada Humaira, ada jugak teman cerita, teman untuk dia menyakat, teman untuk dia bergaduh.

Wafiq melangkah kembali ke ruang tamu bersama mug air di tangan. Air yang suam-suam itu dihirup perlahan. Sedap jugak kan kalau sesekali merasa air tangan sendiri? Dua kali teguk, dia mula meletakkan kembali mug di atas meja. Niat di hati mahu menyambung kembali tugasan dan cepat-cepat tidur! Bosan pulak sorang-sorang kat luar ni.

Wafiq kembali fokus menyiapkan tugasannya. Matanya mula diserang virus mengantuk. Jam di dinding dipandang lama.

“Patutlah, dah dekat pukul 12 rupanya,” gumamnya sendiri.

Lima minit berlalu dan dia sudah pun menyiapkan report untuk praktikalnya. Wafiq mengungkap syukur di hati. Alhamdulillah, finally siap jugak!

Wafiq menghantar mug kembali ke dapur dan melangkah ke ruang tamu untuk menyimpan laptopnya. Matanya semakin memberat kini. Dia melangkah laju memasuki ruang kamar.

“Ya Allah, Maira ni.. lampu pun tak dipadamnya, tidur terang benderang ni,” gumam Wafiq sendirian. Masuk saja kamar biliknya dia sudah melihat Humaira yang sedang lena tidur di atas katil tanpa memadam lampu bilik.

Kepalanya digeleng beberapa kali. Lantas dibukanya lampu tidur di tepi katil. Suram-suram cahaya lampu tidur itu mula menerobos ke serata bilik.

Perlahan-lahan Wafiq merebahkan badan ke katil, dia tidak mahu menganggu lena isterinya yang nampak kepenatan itu. Direnungnya wajah Humaira dalam cahaya yang suram itu. Wajah tenang Humaira ketika tidur membuatkan dia tersenyum sendiri. Tangannya laju mengelus pipi Humaira.

“Kesiannya isteri abang ni.” Wafiq mencium pula dahi Humaira.

Belum sempat kepalanya mencecah bantal, dia terpegang sesuatu di bawah bantal.

Err, buku apa ni?” soalnya sendiri.

'Ni bukan buku yang kat kampung hari tu ke?' bisik Wafiq.

Lantas diambilnya buku tersebut dan dibawanya ke meja belajar. Dibukanya pula lampu meja belajarnya. Hatinya benar-benar ingin tahu isi kandungan buku itu.

Dengan rasa bersalah, dia membuka diari tersebut. Rasa ingin tahunya mengatasi rasa bersalahnya.

“Emm, takpe kot baca diari isteri sendiri. Bukan ke patutnya suami isteri tu takde rahsia antara satu sama lain..” pujuk hatinya sendiri, lebih kepada memujuk hati sendiri dari dihimpit rasa bersalah menceroboh hak privacy Humaira.

Diselak helaian pertama. Melihat tulisan tangan Humaira, bibirnya mengoyak senyuman. Kertas yang kekuningan itu menandakan diari tersebut bukanlah catatan baru Humaira.

27 Jun 2007

Hari ini aku berkenalan dengan si dia. Dia yang aku cinta dalam diam menghulurkan salam perkenalan. Gembiranya hati, hanya Dia yang tahu.

Wafiq tersentak. Ada perasaan lain muncul. Rasa hatinya bercampur tika itu. Rasa bersalah pada awalnya diganti dengan perasaan lain.

15 Julai 2007

Hari pertama kami jumpa. Aku bawa sekali Amira untuk temankan aku berjumpa dengan S. Aku jadi tersipu malu bila dia memandangku. Ohh memang jantungku berdetak laju!

Wafiq menarik nafas panjang membaca coretan tangan itu. Hatinya mula diserang rasa cemburu yang maha hebat. Rasa ingin tahu semakin membuak-buak di dalam dada. Dia menyelak lagi laman seterusnya.

20 Ogos 2007

Sudah sebulan hubungan kami, dia melayan aku bagaikan seorang puteri. Bahagianya apabila dicintai dan mencintai. S, saya sayang awak sangat-sangat! I love you, sayang!

Wajah Wafiq sudah berubah riak, dadanya bagaikan ingin pecah mendengar luahan cinta Humaira walaupun itu cumalah kisah silam Humaira. Rasa cemburunya kian membara dalam dada. Helaian seterusnya diselak kasar.

1 Nov 2007

Hari ini kami sama-sama keluar dating. Hanya kami berdua. S memujiku, katanya aku manis berpakaian sebegitu. Bagiku penampilanku biasa-biasa saja. Tapi dalam diam hatiku berbunga, bangga apabila dipuji cantik oleh orang yang aku cintai! S, saya sayang awak sorang je! Tolong jaga hati saya baik-baik! Kami keluar ke panggung wayang, menonton cerita romantis bersama. Apabila S mula memengang tanganku, aku terkejut, cepat-cepat aku menarik kembali tanganku. Dan S hanya tersengih memandangku.

“Damn!!” marah Wafiq. Dia seolah-olah dapat membayangkan kemesraan Humaira dan kekasih lamanya. Seolah-olah dia hanya penonton kepada kisah cinta Humaira dan S. Dia bagaikan patung yang hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa!

Wafiq merengus kasar, maruahnya terasa dipijak! Walaupun itu cumalah kisah silam Humaira tapi dia tidak merelakan Humairanya punya memori indah bersama lelaki lain! Dia tak rela!

Walaupun hatinya mendongkol geram tapi diteruskan juga bacaannya. Dia ingin tahu kisah silam istei sendiri.

17 Nov 2007

Hari ni hari terakhir persekolahan. Sedihnya rasa hati terpaksa berpisah dengan S. S yang aku cinta bakal menduduki peperiksaan SPM. Selepas ini kami akan sama-sama membawa haluan masing-masing. Tapi S berjanji padaku, tamat saja peperiksaan SPMnya dia akan mencari aku. Dan aku hanya mampu menghadiah senyuman terpaksa. Ahh pasti aku akan merinduinya nanti! Aku tatap lama wajah S kerana selepas hari ni mungkin kami akan jarang bertemu. Apabila S menghadiahkan aku sekeping kad yang cantik, aku tersenyum menyambut hadiahnya. Dalam gembira menerima pemberiannya, air mata aku tumpah juga. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Dalam aku melayan perasan senduku, tiba-tiba ada tangan yang menyapu air mataku dari terus mengalir. Aku hanya membiarkan kerana aku tahu selepas ini kami akan jarang bertemu.

Wafiq menarik nafas dalam-dalam. Sungguh rasa cemburunya sudah sampai ke kemuncak! Rasa hendak dibaling saja diari ini keluar tingkap! Dia rasa seperti hendak menumbuk orang sekarang!
Dia memandang wajah Humaira yang lena tidur, entah mengapa rasa hatinya pada isteri sendiri sudah kosong. Rasa kantuk yang tadi menguasi diri lenyap tiba-tiba. Dan yang ada cuma rasa amarah dan cemburu yang kian membara!

Wafiq bangun menuju ke tingkap bilik yang belum ditutup. Dia mahu mencari ruang selepas hatinya membara membaca coretan tangan isteri sendiri. Entah kenapa, dia rasa dia tidak kenal dengan Humaira yang dihadapannya kini. Betul ke Humaira sendiri yang melakar memori lalu dalam diari itu? Hatinya menidakkan, tapi dia kenal tulisan tangan isteri sendiri.
Dalam mindanya kini pelbagai soalan yang muncul, pentingkah diari tersebut sehingga Humaira bawa bersama ketika tidur? Ada lagikah rasa cinta Humaira untuk bekas kekasihnya? Benarkah Humaira mencintainya atau Humaira sekadar ingin menjaga perasaannya?? Berapa banyak lagi rahsia Humaira yang dia tidak tahu? Mengapa Humaira tak pernah berkongsi rahsia masa silamnya? Tak pentingkah dirinya dalam hidup Humaira??

Wafiq meraup kasar rambutnya, dia merengus geram. Tiba-tiba biliknya dirasakan berbahang. Dia menoleh memandang wajah Humaira yang masih lena di katil. Ahh hatinya kosong untuk wanita itu saat ini, yang tinggal di dadanya hanya rasa amarah yang kian membara.

Wafiq mengatur langkah keluar dari bilik tapi sempat pula dicapainya diari tadi. Walaupun hatinya membara apabila membaca diari tersebut tapi dia memang memerlukan lagi diari itu. Ada rahsia masa silam yang harus dibongkar dan kuncinya hanya ada pada diari tersebut. Nak diharapkan Humaira membuka mulut, memang sangat mustahil!

Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik kerja, lantas dibukanya perlahan bilik tersebut. Dia duduk menghadap meja kerjanya. Aneh rasa kantuk yang menguasai diri tadi hilang serta merta! Tangannya membuka lagi helaian kertas diari tersebut.

8 Dec 2007

Hari ni hari terakhir S menduduki peperiksaannya. Aku girang sekali apabila menyambut panggilan telefonnya! Kata-katanya di talian penuh dengan rasa cinta, sarat dengan rasa rindu. Ohh jantungku berdegup laju. Ternyata dia mengotakan janjinya untuk menghubungiku sebaik sahaja dia tamat peperiksaan. Rindunya aku pada dia hanya Tuhan yang tahu. Katanya selepas ini dia akan pulang ke kampungnya untuk mencari kerja dan dia berjanji akan berjumpa denganku lagi. Hatiku bernyanyi riang mengingatkan janjinya. Sungguh saya cinta dan sayangkan awak!

Laju tangan Wafiq menumbuk meja yang tak bersalah. Tindakan spontannya untuk melepaskan amarah. Aahhh mengapa Humaira yang didepannya kini lain? Benarkah Humaira sudah berubah ataupun cuma berpura-pura untuk menjaga hatinya? Wafiq resah sendirian.

Saat hati ini telah kuserahkan,
Hadirnya ujian,
Menguji kesetiaan,
Menuntut kesabaran,
Ohh Tuhan,
Berikanlah aku kekuatan!

Monolog hati Wafiq sendirian, dia menutup diari itu perlahan. Tak sanggup rasanya meneruskan bacaannya malam ini. Hanya ada rasa sakit dan amarah tika dia membaca diari itu. Dia menarik nafas dalam-dalam dan lamunannya kian panjang.

1 comment:

  1. aduh..kalau setakat baca berape helai je diari tuu..dh sampai marah macam ni..macam mane kalau wafiq tau 'rahsia' maira nanti..fuhh tak boleh bayangkan lah jugak...by the way good job cik writer ^^

    ReplyDelete