Sunday 14 April 2013

~ RASA TAK LAYAK ITU ~




Aku dan dia,
Bagai langit dengan bumi,
Bagai Marikh dan Pluto,
Bagai batu dengan ais,
Bagai enggang dengan pipit.

Aku dan dia,
Banyak jurang bezanya,
Sedang dia di awan biru,
Aku masih di pinggir jalan,
Sedang dia di puncak nama,
Aku masih terkapai-kapai.

Aku dan dia,
Dalam jiwanya hebat tarbiyah mengalir,
Dan aku masih mencari nilai solehahku,
Dia semakin membara semangat mujahidnya,
Aku masih bertatih mencari cinta-Nya.

Aku dan dia,
Dia sudah kukuh dengan kerjayanya,
Aku masih mencari ijazahku,
Sedang dia sudah menempa nama,
Aku masih mencari ilmu.

Aku dan dia,
Sedang dia sudah berlari laju,
Aku baru mulakan langkahku,
Sedang dia semakin dikenali ramai,
Aku masih tetap aku.

Aku dan dia,
Sedang dia sudah menggapai cita-cita di awan biru,
Aku masih bertatih mengulam impian,
Dia, aku jauh bezanya,
Bagai takkan pernah bersua.

~ Rasa tak pernah layak itu ~

Tapi aku dan dia punya Tuhan yang satu !!

Nukilan dari hati Fieyta An Nisa ~ hoho

p/s: haishh mood kecewa ke apa ni :p rasa tak pernah layak utk sesape ~ dia di awan biru, sedangkan aku?? dia semakin berlari laju, dan aku? Huhu.. sobs2

No comments:

Post a Comment