Saturday 13 April 2013

~ AKU HANYA WANITA BIASA ~





Aku hanya wanita biasa,
Tidak kaya dan tidaklah sempurna,
Yang penuh dengan lopak kekurangan,
Yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

Aku hanya wanita biasa,
Tapi punya cita yang luar biasa,
Aku mahu berdakwah buat ummah,
Agar aku dan mereka terus ke syurga-Nya.

Aku hanya wanita biasa,
Yang halus bicaranya,
Yang kadang-kala lemah jiwanya,
Yang kadang-kala tersasar langkahnya,
Yang kadang-kala rapuh pendiriannya.

Aku hanya wanita biasa,
Tidak sehebat ummul mukminin,
Tidak setabah puteri Rasulullah,
Tidak secerdik Humaira' ,
Namun aku mengulam impian yang luar biasa,
Aku mahu mati syahid di jalan-Nya.

Aku hanya wanita biasa,
Yang terkadang terlepas amarahnya,
Yang terkadang terlepas santunnya,
Yang kadang-kala lemah dengan dunia.

Aku hanya wanita biasa,
Maka Ya Rabb,
Bimbinglah aku menjadi wanita yang luar biasa di pandangan-Mu,
Jadikanlah aku wanita yang sentiasa mengutamakan Allah dan Rasul,
Yang sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah panduanku.

Aku hanya wanita biasa,
Maka Ya Rabb,
Pandanglah aku dengan rahmat-Mu,
Peluklah aku dengan maghfirah-Mu,
Didiklah aku dengan kasih-Mu.

Sabda Rasulullah “Dunia hanyalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”

Izinkanlah aku merasa 'kemanisan' menjadi wanita solehah, berasa terpelihara menjadi muslimah.

No comments:

Post a Comment