Sunday 3 February 2013

Kenapa aku menulis :)

Assalamu'alaikum, bismillahirrahmanirrahim :D

Kenapa aku menulis?

Aku menulis kerana aku memegang dengan prinsip hidupku sendiri,

Bukan mahu menjadi popular,
Jauh sekali mahu menjadi angkuh,
Kerana aku sedar hidup ini tujuannya kerana Ilahi,
Aku menulis kerana aku mahu menyebarkan dakwahku,
Mahu mengajak sahabat-sahabat yang aku sayang menuju cinta-Nya,
Mahu tembus menuju ke syurga-Nya.

Aku menulis kerana prinsip hidupku,
Aku tahu apabila seorang manusia itu telah meninggal,
Hanya tulisannya sahaja yang tinggal,
Pesan Rasulullah "sampaikanlah walau sepotong ayat"
Aku bukanlah hebat menyusun pena,
Tapi aku mahu hasil tulisanku ini menjadi saham pahala untukku nanti,
Menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Aku bukanlah seperti Fatimah Syarha,
Yang mampu menarik hati pembaca,
Yang bijak menyusun pena bicaranya,
Yang hebat ilmu di dadanya,
Aku hanya insan biasa,
Terlalu biasa,
Insan biasa yang mula bertatih mencari cinta-Nya,
Doakanlah aku terus kuat untuk menjadi dai'e,
Kalau tidak kepada orang lain,
Cukuplah menjadi pendakwah untuk diriku sendiri..


Fieyta An Nisa..

Boleh share dengan nisa tentang cerpen SE, listkanlah kekurangan yang ada :)
Insya-Allah akan cuba diperbaiki :)
Cer komen, baru semangat nak post new entru..

Nisa budak yang baru belajar, maaf tak mampu puaskan hati semua orang..
Kalau korang harapkan karya yang sempurna, itu bukan nisa orangnya..

Nisa banyak kekurangan..

1 comment:

  1. barakallahufi buat sister..penulisan sgtsgt awesome sister..moga trus menulis..n inshaAllah..sya akan sentiasa memberikn sokongan pd anda !!! barakallahufi ("

    ReplyDelete