Thursday 16 August 2012

Suami Ekspress Bab 30 (Part 1)


BAB 30


Iman termenung di tepi jendela. Memikirkan tentang diri sendiri, apabila melihat kebahagiaan Adriana dan Faris, dia turut merasakan kebahagiaan yang dirasai sahabatnya itu. Sungguh hebat perancangan Ilahi, Dia ambil orang tua Adriana dan digantikan pula dengan menghadiahkan Adriana suami sebaik Faris.

Melihat kebahagiaan rumah tangga Adriana menyebabkan dia turut merasa ingin mendirikan baitul muslim juga. Cinta itu fitrah bagi manusia, ingin dicinta dan mencintai. Harapannya agar dia dikurniakan Ilahi si ‘dia’ yang soleh. Tapi Iman tahu bahawa mensolehahkan diri itu perkara pertama dan mencari yang soleh itu perkara kedua. Dia yakin dengan janji Allah dalam surah An Nur ayat 26. Biasanya jodoh yang diaturkan Allah adalah sekufu. Biarlah dia memujahadah memperbaiki diri dahulu.

Dia hanya mahu cinta high class di pandangan Ilahi, cinta yang halal di mata Ilahi. Jika mahu cinta yang high class sesama manusia haruslah bina cinta yang high class bersama Ilahi terlebih dahulu, serahkan cinta itu kepada  Pemilik cinta itu sendiri.

Kata orang cinta itu lebih manis selepas nikah iaitu pada cara dan jalan yang halal. Dan dia hanya akan serahkan cintanya pada yang berhak memiliki iaitu buat insan yang bergelar suami, insha Allah. Moga saat itu tiba nanti.



Sedang asyik dia ralit melayan fikiran, telefonnya bordering minta diangkat. Lantas dicapainya gajet yang terletak di atas kati, meneliti sejenak siapa gerangan si pemanggil.

            “Assalamu’alaikum ibu, ibu sihat?” sapa Iman, bibirnya menguntum senyuman. Arghh rindunya kepada bonda di kampong.

            “Wa’alaikumsalam akak, ibu sihat. Akak macam mana, sihat tak anak ibu ni? Study ok?” tanya Puan Jannah kepada anak sulungnya.

            “Alhamdulillah sihat bu, ayah macam mana? Adik-adik?? Akak rindu kat semua orang” ujar Iman sedikit sebak. Sebagai anak sulung, hubungannya sangat akrab dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan ibu dan ayahnya.

            “Semua alhamdulillah sihat je kat sini. Ibu pun rindu dengan anak manja ibu ni. Kalau kakak rindu baliklah kampong. Ada orang yang dah bertanyakan kakak kat sini” jawab Puan Jannah berkias.

            “Tanya kakak?? Kenapa bu? Siapa orangnya? Kawan lama kakak ke?” tanya Iman bertalu-talu.

            “Amboi banyaknya soalan dia. Bukan kawan kakak, orang tu berkenan dengan akak. Nak dijadikannya menantu, isteri untuk anaknya” tersenyum Puan Jannah melihat gelagat anak sulungnya, sedar tak sedar sudah dewasa anak yang dulu dibuai dan didodoikan ketika tidur. Sudah menjadi bunga dan sudah dirisik orang.

            “Orangnya macam mana ibu? Pendapat ibu tentang orangnya bagaimana?” soal Iman berdebar.

            “Pendapat ibu orangnya baik, beragama. Berpendidikan, keluarganya juga bagus” ujar Puan Jannah perlahan.

            “Akhlaknya bagaimana? Pergaulannya macam mana pula ibu?” soal Iman lagi. Dia mahu lelaki yang baik agama dan akhlaknya. Untuk apa lagi syarat yang harus dikenakan buat syabab di luar sana selain agama dan akhlaknya? Bukankah itu ukuran yang Islam ajar kepada umatnya?

            “Pergaulannya ibu tak pasti, nanti akak risik sendiri dan ibu akan suruh Izzul risik akhlaknya bagaimana” cadang Puan Jannah. Izzul Hafiz iaitu anak keduanya akan disuruh merisik akhlak pemuda yang menyunting puterinya. Biarlah jika mahu diserahkan anak gadisnya pada syabab acuan Islam.

            “Bagus cadangan ibu tu. Nanti ibu suruh Izzul jadi ‘spy’ ya?” tergelak kecil Iman apabila membayangkan yang adiknya menjadi ‘spy’ merisik akhlak pemuda tersebut.

            “Insha Allah, nanti ibu suruh adik kamu tu. Ok lah ibu ada kerja ni, nanti kita sembang lagi ya” pinta Puan Jannah meminta diri, lega hasrat orang sudah disampaikan kepada anak gadisnya.

            “Ok bu, assalamu’alaikum. Kirim salam dekat semua ya” jawab Iman

            “Insha Allah, wa’alaikumsalam” sahut Puan Jannah dihujung talian.

p/s: sori entri pendek, insha Allah nanti nisa sambung :D

No comments:

Post a Comment