Sunday 22 July 2012

SEDUTAN BAB 29 SUAMI EKSPRESS


BAB 29 
Sampai sahaja di kedai makan, Faris memesan nasi goreng paprik manakala Adriana memesan bihun tom yam. Sementara menunggu pesanan mereka tiba, Faris leka merenung wajah isteri di hadapannya. Pejam celik, pejam celik sudah lebih tiga bulan usia perkahwinan mereka. Sudah mula bercambah benih-benih cinta antara mereka, sudah mula timbul bunga-bunga kemesraan antara mereka. Walaupun dia tidak pernah bercinta sebelum ini, tapi dia sangat yakin dirinya kini sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Memang indah cinta selepas kahwin, tambahan pula dia beruntung mendapat isteri solehah seperti Adriana. Teringat dia pada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

 “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. maka pilihlah kerana agama nescaya beruntung kedua-dua tanganmu"

Subhanallah, sungguh Allah mengangkat tinggi darjat wanita solehah, teringat lagi Faris pada sepotong hadis yang memuliakan wanita solehah, moga Adriana, ummi dan adik perempuannya tergolong dalam kalangan mereka yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah.

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” diriwayatkan oleh Muslim.

Adriana sudah mula gelisah di tempat duduk sendiri, renungan Faris memang sukar dimengertikan. Faris merenungnya seolah-olah sudah lama mereka tidak bertemu, wajahnya mula kemerahan kerana malu ditenung sebegitu walaupun ditenung oleh suami sendiri. Haishhlahh, awak janganlah tenung saya macam tu, malu tahu!!


Faris mula mengalihkan pandangannya apabila dirasakan Adriana bagai cacing kepanasan. Malahan wajah isterinya itu sudah kemerahan tanda malu. Subhanallah, tinggi sungguh tahap malu seseorang muslimah.

            “Hemm, belum makan lagi dah merah muka isteri abang ni? Pedas ke sayang?” sakat Faris memecah kebisuan antara mereka.

Adriana sudah mula mengalihkan wajahnya, makin panas dirasakan wajahnya saat ini. Malunya Ya Allah. Rasa macam nak sorok bawah meja makan ni pun ada jugak weh!! Huhu..

Makin seronok pula Faris merenung wajah kemerahan Adriana, rasa nak cubit-cubit je pipi yang sudah bertukar warna itu. Comel!!

Adriana mencari-cari kata untuk membalas usikan suaminya tetapi lidahnya seakan kelu pula. Akhirnya dia hanya menunduk merenung meja kosong di hadapannya, tangannya mula memintal-mintal hujung tudung yang dipakainya.

            “Meja tu lagi handsome dari abang ke?” makin giat pula Faris menyakat Adriana.

Adriana mengangkat wajahnya, merenung berani wajah Faris. cuba dibandingkan wajah Faris dan meja makan di hadapannya. Of courselah Faris lagi handsome weh!!! Hoho.. Apa punya soalanlah Faris ni. Lama dia merenung wajah Faris, menilik wajah suaminya dari kening, turun ke mata, ke hidung suami, dan akhir sekali ke bibir yang kemerahan itu. Ehh, kenapa Faris tersenyum erk?

            “Dah puas dah tilik muka abang? So, conclusionnya abang lagi handsome dari meja tu kan?” soal Faris mengusik, sengaja dihadiahkan senyuman mengejek kepada Adriana, makin seronok pula dirasakan apabila berjaya mengusik isterinya.

            ‘Aduh terkena lagi, huhu.. cepatlah order ni sampai’ bisik Adriana perlahan.

Belum sempat Faris mengusik Adriana lagi, pesanan mereka sudah tiba. Adriana hanya mampu mengucap syukur di dalam hati. Terselamat sebentar dari usikan nakal suaminya.

Usai sahaja Faris membacakan doa, mereka mula menjamu selera. Sedang enak Adriana menjamu selera tiba-tiba kakinya dikuis.

            “Isyhh, abang ni. Janganlah kacau Riana” ujar Adriana, geram konsentrasinya diganggu. Ohh, please bihun tom yam ni sangat sedap!! Tolong jangan ganggu konsentrasiku!!

Faris memandang Adriana pelik, eh bila pulak dia mengusik isterinya lagi? Dia juga sedang ‘khusyuk’ menghabiskan makanannya.

            “Usik apanya? Abang tengah best makan ni” balas Faris hairan.

            “Kaki abang tulah. Jangan mengesel-gesel dengan kaki Riana” ucap Adriana.

            “Eh, mana ada!!” balas Faris.

Adriana merenung wajah suaminya, mencari kejujuran pada mata suaminya. Memang nampak serius wajah suaminya tanda Faris tidak bergurau. Ha’ah lah kenapa macam lain macam je kaki suaminya, jangan-jangan… Adriana memberanikan diri memandang bawah meja.

            “Ohh, mak ‘kucat’ !!” ujar Adriana sedikit lantang. Terus dia berdiri statik di sebelah Faris. Memang sah, binatang yang paling digelinya sedang elok menggesel di kakinya.

            “Kucat???” soal Faris hairan, binatang apa pulak tu? Species baru ke?

Adriana menunding tangan ke arah binatang tersebut, mukanya seakan-akan ingin menangis. Sumpah memang dia fobia dan geli dengan binatang tersebut.

Faris menjenguk kepalanya ke arah yang ditunjukkan Adriana sebentar tadi. Kucat Adriana panggil kucing? Hahaha.. aiyoyo… tergelak besar Faris, ingatkan species apalah tadi, Adriana, Adriana..


 p/s: sori nisa tak sempat taip habis bab ni, insha Allah klu ada masa nt nisa taip yaa? sori sangat2.. nisa ada test chm n phy mggu ni, tolong doakan ya?

sori klu entri kali ni kurg memuaskan :'( thanks sudi bace, klu rjin komenlah ya? kci semangat sikit kat nisa post new entri :D

5 comments:

  1. sweet sgt dorg malu2...hehee..xpe..saya snggup tnggu entry penuh..

    ReplyDelete
  2. best...sweet sgt..gud luct nisa.
    -yaya-

    ReplyDelete
  3. hahahahahahaahah kucat ye adriana... sweet hubby dia suka sakat tgk muka comel malu ^_^

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nisa ! ! ! ! :D

    hehe , lame x singgah akk punya blog . hehe , em , so sweet la Adriana and Faris ni . (: good job sis ! :D

    akk , aina x puas bce . hehe , so , aina tunggu yang slanjutnya . go go chaiyok kak ! hehe , :D

    ReplyDelete
  5. da lame tnggu update bab 29 ni..

    Ble nak update???

    X sabar nak kisah slanjutnye...

    Please...please.. Please... Cpat2 la update...

    ReplyDelete